Ilmuitu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.
-Saidina Ali bin Abi Thalib
Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.
Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam
diri aku binasa
-Saidina Ali bin Abi Talib
Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin
membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman
dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari
daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil
kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah
bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk
menjualmu dengan harga yang sangat murah
-Saidina Ali bin Abi Thalib
Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata,
hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh
atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah
-Khalifah Ali bin Abi Talib
Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka
teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai
sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya
-Khalifah Umar al-Khattab
Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan
kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya
terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar
kepekaannya terhadap kehormatan dirinya
-Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan
kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan,
sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali
bin Abi Talib
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia
orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak
beragama merasa lebih sengsara
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal .
Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang
sebenar ialah akhlak yg baik.
-Saidina Ali bin Abi Thalib
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan
persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya
-Saidina Umar al-Khattab
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri
ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap
adil ketika kuat
-Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan
-Saidina Ali bin Abi Thalib
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat
dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu
kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga)
-Saidina Ali binAbi Talib
Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang
nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Tidak ada komentar:
Posting Komentar